Sistem Buat Duit
Memahami bagaimana kami mengajar anda cara untuk membina kewangan melalui produk dan perkhidmatan yang dibekalkan. Anda perlu baca lebih lanjut dalam kategori penting ini. Klik dan baca bahagian yang penting pada link di bawah:-
Cara Daftar Mudah Melalui Maybank Dan Jompay
Jana Pendapatan Dengan ALLPAY2U Apps
Cara Belian Online Ini
Keuntungan Jualan Untuk Internal Produk
Motivasi Dan Sentuhan Minda
Jangan stress. mari membaca perkongsian sentuhan minda. Orang yang berjaya biasanya sangat rajin membaca. Daripada membaca yang sia-sia, apa kata kita baca perkongsian bermanfaat. Ada juga baiknya kan? nah klik saja artikel yang anda suka.
Harapan Kepada Pencipta
Bijak Mengurus Masa
Sifat Sabar Jalan Menuju Kejayaan
Kehidupan yang Bermakna
“Hidup bukan hanya untuk diri sendiri”, pernahkah anda mendengar kata-kata tersebut? Kalau kita hayati lebih dalam, ada makna disebalik yang jauh lebih luas dalam hidup ini. Sesungguhnya bukan kehendak kita, tetapi kehendak Allah Tuhan Yang Maha Memiliki Kehidupan. Hidup bukanlah semata-mata untuk diri kita sendiri, hidup juga untuk memberikan manfaat kepada orang lain dan kehidupan alam semesta ini.
Menghargai hiup bererti menjalani hidup ini penuh makna, menggunakan hidup ini untuk memberikan manfaat bagi kesejahteraan diri sendiri, keluarga dan orang-orang di sekitar kita. Jangan pernah sia-siakan peluang yang dapat dalam hidup kita. Yakinlah dengan diri sendiri, pedulikan kata-kata sindiran dari orang luar.
Bagaimana menggunakan hidup kita agar menjadi lebih bermakna? Bagaimana menghargai hidup yang sudah diberikan oleh Allah SWT? Apa yang harus dilakukan dalam hidup agar menjadi lebih bermakna? Banyak cara-cara dalam menggunakan hidup menjadi lebih bermakna. Namun disini saya bagi beberapa tips dalam menghargai hidup kita ini :-
i ) Mengubah Orientasi Hidup Lebih Memikirkan Orang Lain
Fikirkan, apakah kita sering memikirkan diri sendiri dibandingkan orang lain ? Misalnya berfikir bagaimana memenuhi keinginan sendiri, ingin pekerjaan lebih baik, ingin penghasilan lebih tinggi, ingin rumah lebih mewah, ingin kereta mewah yang baru, ingin bisnes lebih besar, ingin hidup lebih kaya dan lain-lain. Kalau hal itu yang selalu ada dalam fikiran kita, ertinya kita lebih memikirkan diri sendiri. Kalau itu yang memenuhi fikiran kita, ertinya kita hanya percaya pada diri sendiri dan mementingkan diri sendiri.
ii) Meningkatkan Empati Kepada Orang Lain
Bersikap empati kepada orang lain merupakan salah satu cara menghargai hidup kita. Bersikap empati berbeza maksudnya dengan sikap simpati. Sikap simpati lebih merupakan berasa kesian terhadap orang lain. Sedangkan sikap empati lebih menekankan pada mengerti orang lain, memahami keadaan orang lain secara emosional dan intelektual. Ertinya kita menggunakan ketajaman mata hati untuk memperhatikan kebutuhan orang lain, berusaha melihat kesulitan orang lain.
Bersikap empati, sederhananya memandang keluar melalui kerangka fikiran orang lain atau melihat dunia orang lain.
Sekian sahaja perkongsian dari kami, harap anda dapat manfaat apa yang dikongsi. Hidup penuh bermakna jika anda menghargainya.
Salam Kejayaan.
Berbakti Kepada Ibu Bapa Jalan Ke Syurga
LAIN-LAIN BACAAN
Jika korang masih tercari-cari bacaan apa yang perlu dibaca lagi, nah boleh baca bahagian ini. Sebenarnya banyak kategori atau bab yang bagus dan sesuai untuk anda. Kami telah menyusun mengikut rating dan kesukaan ramai. Harap korang baca dan faham. Sebarang soalan lain boleh merujuk kepada kami. Amacam? Boleh?