Info Terkini
Selamat Datang..

Latihan Industri untuk pelajar BIDANG IT @ PERAKAUNAN @ BUSINESS MANAGEMENT dibuka. Untuk memohon hubungi 012-3704588.

Terkini..! Beli produk atau daftar Pakej secara online. ONLINE SHOP

Beli Sistem Server sendiri??? Hubungi 012-370 4588 sekarang! KLIK DI SINI



Rancang kewangan masa depan.? Please call 012-370 4588 :) Bijak Mengurus Kewangan


Buy system Call 012-370 4588 @ whatsapp Direct Whatsapp


VIDEO >>> KLIK UNTUK VIDEO MENARIK

KLIK TO OUR MAIN WEBSITE
50 IDEA PEMASARAN LUAR BIASA
Nama

 

No Tel

 

E-mail address


Maklumat anda selamat bersama kami.

Calender
December 2017
M T W T F S S
« Sep    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive for the ‘Ilmu Perniagaan’ Category

postheadericon Cara Memasarkan Produk Online Dan Offline

Bahagian ini pula saya ingin berkongsi tips bagaimana memasarkan produk atau pakej anda secara online dan offline. Online adalah pemasaran yang anda lakukan secara maya melalui semua media sosial dan internet adapun offline adalah pemasaran tanpa melalui talian seperti buka gerai, tampal iklan di surau masjid dan sebagainya. Semua cara tersebut adalah cara pemasaran yang perlu dilakukan diperingkat awal untuk mendapatkan 1000 pengguna pertama. Kemudian mereka yang aktif akan mulakan tugas tersebut dan anda hanya perlu mengawal dan monitor dari jarak jauh sahaja. Senang kan?

 

Bagaimana pemasaran online? Apa yang anda perlukan? Online sangat mudah. Anda perlukan sebuah laman web yang menceritakan produk atau pakej anda. Kemudian mula bina semua media sosial yang ada dan konsisten gunakan dan tidak mudah putus asa. Percayalah untuk masa yang lama semua yang anda buat tidak hilang seperti pemasaran offline. Online akan terbiar disitu menjadi sejarah dan semakin lama semakin dilihat anda semakin berpengalaman. Ya, pengalaman sudah tentu mahal harganya dan anda telah sedia maklum.

 

Antara yang boleh anda sediakan untuk pemasaran online adalah:-

 

 

Laman Web

 

Laman web, bukan blogspot.! Anda boleh gunakan blog tapi sekarang bukan zamannya. Aset penting anda adalah laman web khas untuk perniagaan anda. Apa bezanya laman web dan blogspot?

 

Antara yang paling ketara ialah blogspot juga sejenis laman web yang menggunakan suatu script yang membolehkan anda menggunakan perkhidmatan blogspot untuk mencipta laman. Apa bezanya? Pertama blog adalah percuma. Barang percuma sudah tentu semua orang boleh buat. Kan? Bermakna adakah orang akan percaya anda hanya dengan memiliki blog di atas nama blogspot sahaja? Jawabnya tidak. Anda perlu berdiri sendiri dengan memiliki laman web walaupun berbayar tiap-tiap tahun. Dan ianya akan membina kepercayaan pelanggan kepada perniagaan anda.

           

Kedua, blogspot tidak sehebat laman web fungsinya. Anda tidak boleh membuat sub-page. Tidak boleh membuat email khas di atas nama domain anda contohnya customer@mrse.com.my. Tidakkah email tersebut kelihatan rasmi dan lebih professional dan meyakinkan?

 

Ketiga, blogspot digunakan oleh berjuta orang. Dulunya terkenal, ada kaki blogger. Tapi sekarang dengan kewujudkan facebook, ia semakin ketinggalan. Laman web pula berbayar setiap tahun. Dan pasti meyakinkan jika kita membuat laman web yang kelihatan baik dan mempunyai input yang bagus.

 

Facebook Page

 

Facebook juga satu platform untuk anda branding jenama atau syarikat atau perniagaan anda. Tetapi adakah facebook milik anda? Adakah domain facebook.com milik anda? Adakah anda admin facebook tersebut? Jawabnya tidak. Anda hanya ada akaun di atas nama anda. Bukan milik anda. Hanya laman web anda milik anda dan anda mengawal sepenuhnya laman web milik anda.

 

Namun, ia adalah marketing channel anda jika anda berniaga. Anda boleh masukkan FB Page anda di laman web anda. Dan yang paling penting untuk pemasaran online anda perlukan 1 facebook rasmi dan pelbagai akaun pemasaran yang tidak rasmi. Pendek kata akaun pelbagai ini semua digunakan sebaiknya untuk mencari pelanggan setiap hari.

 

 

Instagram

 

Jika anda perasan ia juga media social yang sedang hangat. Ia juga sebagai platform. Pendek kata, laman web adalah aset anda dan semua platform yang lain merupakan liability anda. Gunakan sebaiknya dan perlu memiliki semuanya. Jika memerlukan software anda perlu memilikinya. Sekarang banyak software untuk autopost dan boleh schedule secara berkala semua posting. Ingat posting perlu konsisten sampai bila-bila.

 

Instagram juga sama seperti facebook bahkan pemilik facebook telah membelinya. Ia berkonsepkan post gambar, tapi sangat bagus jika digunakan untuk berniaga. Kemudian selitkan dengan laman web. Orang lihat gambar, orang buka laman web dan percaya anda. Mereka lihat gambar anda bahkan semua produk anda, kedai anda dan lain-lain. Betul? Tidakkah laman web sangat penting dan itu yang membezakan anda dengan peniaga lain.

 

Twitter

 

Demikian juga twitter. Tidak perlu dihuraikan pun semua orang akan tahu. Cuma tidak perlu kepada banyak akaun. Tidak seperti facebook yang ramai pengguna dan group yang boleh diposkan iklan. Sebenarnya anda boleh menghubungkan semuanya dan biar ianya aktif serentak.

 

Hubungkan Instagram anda dengan facebook dan twitter. Dan tuliskan juga posting dalam laman web. Posting daripada laman web dikongsikan di Instagram dan secara automatik keluar di facebook dan twitter. Senangkan?

 

 

Youtube

 

Youtube juga daripada kumpulan google dan ini merupakan ilmu marketing. Jangan lupa melalui email gmail anda, create satu akaun youtube. Anda boleh share banyak video dan kongsikan banyak video di youtube.

 

Jangan risau untuk permulaan orang tidak menonton video anda. Anda boleh copy video tersebut dan letak di laman web anda. Akhirnya semua marketing channel online ini berhubung antara satu sama lain. Semua mengenai pakej perlu anda publish. Mungkin orang kata anda baru, bayangkan nilai anda 5 tahun lagi? Kenapa perlu melihat sekarang, lihat dan rancang untuk masa akan datang.

 

 

Amacam? Dapat sesuatu?

postheadericon Tips Jual Produk Orang Lain

Adakah anda Penjual Dropship?

 

Tahukah anda penjual produk orang lain adalah cara paling mudah untuk Bina Kewangan diri kita? Cara paling mudah nak buat duit.

 

Ya, anda tak perlukan Modal dan jika perlukan Modal terlalu sedikit. Contohnya sekarang kami banyak membuka peluang kepada anda di luar sana untuk jadi Ahli Dropship produk kami dan kadang-kadang secara PERCUMA. Keuntungan sangat besar jika anda mampu buat. Dan tak susah nak buat sebab bukan anda keluar Modal.

 

Produk ada yang nampak ada yang tidak. Yang nampak contohnya Mesin Topup Epay seperti yang anda boleh lihat videonya di https://www.mrse.com.my/product/mesin-topup/ dan sudah pasti produk seperti ini mudah untuk anda jual. Kalau ada modal anda boleh beli banyak dan jual. Tetapi kebanyakan orang biasa tiada modal, jadi mereka hanya jual secara dropship dimana tidak menjadi kesalahan. Anda hanya promote dan jual sahaja. Ada saja pembeli maka ada komisen milik anda.

 

Kini kami tawarkan Dropship untuk buat Jualan Server Topup, anda mampu mendapat keuntungan yang besar. Mungkin anda tanya susah nak buat. Sebenarnya senang sahaja kerana tugas anda melihat siapa yang layak untuk beli produk tersebut dan fokus mereka untuk menarik mereka membeli. Tak susah kan?

 

 

Antara tips yang kami boleh kongsikan adalah:-

 

  1. Anda Tahu Memilih Prospek Pelanggan.

Ini dipanggil analisa pelanggan. Contohnya anda perlu tahu masalah pelanggan dan apa yang anda beri atau jual pada mereka mestilah penyelesaian masalah pada mereka. Contoh, anda nak jual Mesin Topup Epay, sudah tentu anda cari peminat bisnes. Tak mungkin anda jual pada tukang sapu yang tak minat berniaga. Mungkin prospek anda kedai makan, warung, pejabat, pekerja kilang, dan siapa yang perlukan Topup atau pembayaran bil di kawasan tersebut. Faham?

 

Contoh lain anda nak Jual Server topup. Harga mahal. Maka siapa yang akan membeli? Tu mesti jadi kajian anda. Mereka beli untuk apa? Mesti ada sebab siapa yang berminat nak beli. Dan anda tak perlu risau semua produk dan perkhimatan kami ada pembelinya. Sebab itu kami berani memberikan peluang kepada anda walaupun produk SERVER yang mahal bagi sesetengah orang. Orang beli server sebab mereka nak bina database atau ejen yang ramai. Mereka nak buat jualan yang banyak. Jadi tugas anda promote jer, selepas itu tanya mereka soalan berkaitan. Ini dipanggil “fact finding” di mana anda analisa mengenai latar belakang mereka. Jika tidak layak beli server, anda offer produk yang layak mungkin Mesin Topup Epay atau anda jadikan mereka salah seorang AHLI yang anda boleh SIGN UP sahaja dengan bayaran tertentu. Anda dapat duit kan walaupun belum berjaya Jual Produk yang mahal? Nampak tak caranya?

 

  1. Anda memiliki Laman Web Khas untuk Rujukan Pelanggan.

Ini ramai yang lepas pandang. Anda perlu ada matlamat hidup atau matlamat anda berniaga nak cari duit. Kalau anda tak buat laman web, anda bergantung kepada apa? Kalau sayang sangat nak keluarkan duit atau tenaga membina laman web yang bagus, siapa yang akan percaya anda? Betul kan. Pelanggan sangat suka melihat mengenai produk yang anda promote secara rasmi. Buat laman web, kami pun ada buka tempahan buat laman web yang murah-murah. Anda boleh tempah. Anda boleh masukkan produk yang anda nak promote kepada orang diluar sana. Peringkat awal mungkin anda nampak tak berkesan, tapi semakin lama semakin orang kenal anda seorang penjual online. Senang kan?

 

  1. Kuasai Semua Media Sosial.

Setelah anda laman web sendiri sebagai aset utama, baharulah anda kuasai semua media. Ya, semestinya semua media sosial berada di tangan anda. Dan anda boleh promote produk-produk anda dan kongsikan laman web anda tadi. Secara tak langsung pemasaran bisnes anda sedang berjalan dengan usaha anda. Betul kan? Bayangkan kalau anda tiada apa-apa platform, mana mereka nak rujuk? Dan anda nak promote produk yang banyak macam mana? Maka kuasai media ini termasuk anda boleh buat video-video di youtube dan sebagainya. Bisnes tak susah kalau anda ikut apa yang kami ajarkan.

 

  1. Branding Diri Anda Berniaga

Dulu berniaga mungkin dilihat pelik. Sekarang orang tak berniaga macam kelakar jer. Betul kan? Jadi tidak ada sebab untuk anda malu berniaga. Kalau malu sangat tak perlu letak gambar anda pun. Tetapi branding anda seorang “Businessman” iaitu dengan ikut apa yang saya ajar di atas. Lama kelamaan anda promote produk orang, orang semakin kenal anda orang yang suka berniaga. Tambah pula ada laman web sendiri. Bila orang semakin kenal, anda promote apa saja produk baru, mereka akan percaya anda. Ingat, jangan sesekali terlibat dengan sebarang penipuan. Sekarang zaman canggih, anda tipu orang tahu. Nama anda buruk dan tiada nilai lagi dalam perniagaan termasuk dalam hidup anda. Jujur, anda akan lihat hidup anda mula berubah.

 

  1. Fahami Produk Yang Nak Dijual Dengan Baik

Dropship maknanya jual produk orang lain tanpa Modal. Anda pun tak pegang produk. Sesetengah produk diberikan, contohkan sistem aplikasi dan sebagainya. Ini peluang untuk anda sebab boleh tunjuk pada pelanggan. Sebab itu ahli dropship kami diberikan sample produk dimana orang lain perlu membayarnya dengan harga yang sangat mahal. Jadi pastikan anda fahami apa produk yang boleh dan perlu anda jual. Semua produk tersebut anda boleh mula promote. Bila ada yang tanya, anda “fact finding” apa yang sesuai termasuk dapatkan maklumat mereka. Contohnya anda lihat mereka juga bisnes, dah ada ramai agent Topup dan layak beli server. Nah, ini peluang anda. Tawarkan mereka beli server dan berikan info prospek pelanggan tersebut kepada kami. Setelah kami hubungi prospek pelanggan anda dan mereka minat nak set up, anda dapat terus komisyen terus ke akaun anda. Sebab itu laman web anda perlu ada, senang mereka nak rujuk dan senang anda simpan database.

 

Katakan selepas anda lihat latar belakang mereka tak layak untuk beli server yang mahal, anda boleh offer Mesin Topup Epay atau ajak mereka join untuk jadi penjual Topup. Anda hanya perlu SIGN UP sahaja dalam aplikasi yang dibekalkan. Pakej https://www.mrse.com.my/product/pakej-user-biasa/ pastinya membantu sesiapa sahaja yang nak bina kewangan. Mereka akan join anda. Anda boleh caj mereka dan hanya Sign Up mereka, kemudian ajar mereka buat belian Modal untuk mulakan perniagaan mereka. Tak tahu nak ajar takpe. Mereka boleh dapatkan bantuan dengan staff kami yang bertugas untuk membantu semua ahli.

 

 

  1. Fokus Kepada Yang Perlukan Produk Tersebut

Ini yang saya katakan tadi. Fokus kepada prospek yang betul. Tak semua orang akan beli server. Namun mesti ada yang nak beli. Tak semua orang juga nak beli Mesin Topup Epay sebab mereka bukan berniaga. Tapi anda harus ingat, semua orang pakai smartphone. Semua orang pakai Bil Elektrik bil air. Semua orang nak senang gunakan kemudahan Topup dan Bayar bil dihujung jari. Jadi kenapa anda tak mengambil peluang ini untuk SIGN UP mereka untuk belian PAKEJ USER BIASA. Jika mereka beli dengan syarikat harganya RM70. Beli dengan anda adalah hak anda sebagai Bonus atau jualan dropship anda. Jika anda jual RM50, anda SIGN UP mereka dalam aplikasi yang kami berikan, anda untung RM40. Rasa-rasa senang ke tak bisnes ni? Dan anda pun tahu ini bukan MLM. Kami penat-penat buat sistem untuk bantu anda, bukan untuk program MLM.!

 

  1. Kumpul Database Mereka

Aik, dah lama jadi promoter dropship takkan database pelanggan buang macam tu jer? Jangan buang. Simpan dan kumpul sebanyak mungkin. Apabila ada produk baru anda boleh call semula mereka dan jual pada mereka. Senang kan?

 

  1. Tak Beli Yang Mahal Offer Beli Yang Murah

Seperti yang saya katakan tadi, jika mereka tak beli server yang berpuluh ribu harganya, mereka mungkin akan beli produk-produk yang lain. Anda pula tak dapat untung banyak dapat juga untung sikit daripada prospek pelanggan tersebut.

 

  1. Tunjukkan Testimoni Orang Berjaya

Yang ni tak susah. Pelanggan anda tanya testimoni? Nah berlambak orang yang dah buat ratusan ribu di https://www.mrse.com.my/blog/ dan anda hanya perlu tunjuk kepada prospek pelanggan anda. Atau anda boleh masukkan di laman web anda. Itulah untungnya mereka yang tempah dan buat laman web. Kan? Yang belum ada tidak mengapa. Tunjukkan testimoni dari laman web kami. Mereka akan lihat dan akan hubungi anda sebab harga yang anda tawarkan lebih murah. Ya harga kami kekal sejak dari awal lagi. Jika tanpa promosi itulah harganya. Kalau anda kata mahal, maka peluang untuk anda buat lebih murah dan buat keuntungan.

 

  1. Selepas Pelanggan Beli, Ajar Mereka Pula Cara Tambah Pendapatan

Ini ramai yang terlepas pandang. Pelanggan dah beli mereka buat tak tau jer. Sepatutnya selepas pelanggan anda join, anda perlu bagi tunjuk ajar. Kedua, bagi benefit atau peluang yang seluasnya untuk mereka turut buat perkara yang sama. Sebab apa? Sebab mereka tak akan rugi sertai anda. Dan kewujudan anda sentiasa ada dalam benak fikiran mereka. Apa salahnya mereka juga membina kewangan yang baik seperti kita? Lagi banyak kita bantu pelanggan, lagi banyak rezeki yang kita akan dapat. Itu merupakan hukum alam yang perlu anda faham. Anda tak mampu tarik nafas jika tidak hembuskan nafas. Betul Kan?

 

 

Salam Kejayaan.

 

postheadericon Bisnes Dropship Tanpa Modal

Sekarang terlalu banyak persoalan tentang dropship kepada kami. Kami akan huraikan kerana semakin ramai yang berminat untuk menjadi rakan niaga kami walaupun kekurangan Modal. Ada yang dah faham dan ada yang belum.

 

Apakah itu Dropship?

Dropship merupakan salah satu cara perdagangan runcit yang agak baru. Peruncit, pemasar atau ejen dropship akan memasarkan sesuatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Apabila produk tersebut dipesan atau dibayar, ejen dropship akan memaklumkan kepada pembekal dimana pembekal akan menghantar terus produk tersebut kepada pelangggan. Ejen dropship kemudian akan dibayar oleh pembekal keatas keuntungan dalam bentuk komisen ataupun ejen dropship tersebut akan membayar kos produk kepada pembekal mengikut program yang telah ditetapkan.

 

 

TANPA MODAL

Anda tak perlukan Modal untuk restock barang banyak-banyak. Mungkin nanti tak habis nak jual. Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti mahu bisness yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan?  Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya. Anda tak nak ke mulakan bisnes tanpa perlu Modal tapi boleh jana keuntungan yang sangat banyak? Contohnya setiap pcs barang anda untung RM50. Anda dapat 30 pelanggan dah untung RM1500 tanpa Modal pun. Hanya jadi tukang promote.!

 

Bagaimana Dropship ini Berlaku?

 

Kami huraikan seperti dalam gambar. Ia carta alir yang anda perlu faham. MRSE cuba bantu semua reseller atau ejen dropship yang ingin memasarkan produk terutama Mesin Topup yang sedang hangat di pasaran sekarang.

 

ANDA merupakan RESELLER atau PENJUAL dan biasanya berlaku secara online di mana anda akan promote melalui FB, IG dan lain-lain media sosial atau website bisnes anda.

 

MRSE pula sebagai DROPSHIPPER di mana kami membekalkan barang atau produk kepada pelanggan anda nanti.

 

Setelah anda melakukan promosi dan berkesan, PEMBELI atau BUYER akan beli daripada anda. Mereka akan membayar kepada anda. Anda telah diberikan Harga oleh MRSE dimana harga tersebut merupakan harga istimewa untuk Dropship Members. 

 

 

 

 

Apabila PEMBELI bayar kepada anda, anda akan bayar untuk tempahan barang kepada DROPSHIPPER (WWW.MRSE.COM.MY) dan kami akan menghantar barangan tempahan anda kepada pelanggan anda.

 

ANDA untung tanpa Perlu ada Modal peringkat awal. kan??

 

Semoga Bisnes tanpa Modal anda berjaya.

 

Salam kejayaan.

 

 

postheadericon Tip Bina Perniagaan Online

Seringkali disebut perniagaan online seronok, daat duit dan sebagainya. Namun pasti sesuatu itu datang dengan ilmu dan kita tidak mampu membaiki kewangan tanpa ilmu. Apa tips kita mahu bina perniagaan online?

 

1. Gunakan produk yang mudah.

Guna produk yang mudah, tak perlu modal besar tapi boleh buat untung besar. Bukan skim cepat kaya! Cari produk yang jadi keperluan orang. Contoh sekarang masalah ekonomi. Mana-mana produk untuk buat side income diperlukan. Jadi korang jual bisnes to bisnes. Anda beri manfaat pada orang, pasti ada manfaat berguna yang kita akan dapat.

 

2. Rajin promote

Bisnes Online memerlukan kita sangat rajin. Buang sifat malas dan raikan kejayaan kita. Belajar untuk buat sikit duit dan anda akan mula buat lebih banyak duit. Promote di mana saja contohnya Fb, instagram, dan semua media social yang lain. Dan yang paling penting kita perlu ada website. Orang yang ada website akan mempunyai hayat bisnes yang lebih baik. Bisnes mereka akan semakin berkembang dan diyakini.

 

3. Kerja Lebih Masa

Jangan fikir kerja lebih masa suatu yang negatif. Anda perlu kerja lebih masa untuk peringkat permulaan. Kemudian susun kerja anda sehingga perniagaan anda bertambah baik. Update yang perlu anda buat di media sosial anda paling kurang 8 kali sehari. 6 kali anda ceritakan manfaat. Dan 2  kali lagi update untuk penjualan produk anda.

 

4. Pemasaran

Produk dah ada…

Platform pun kita dah dipilih.

Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk anda.

Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.

Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.

Kalau guna website, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.

Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik yang salah.

 

5. Pastikan ada spec dan values

Maksudnya apa yang anda jual perlu ada APA dan NILAINYA. Apa ialah item yang anda tawarkan. Value ialah nilai yang anda pada tawaran anda. Pastikan ia berikan nilai yang terbaik kepada pelanggan anda.

 

Perkongsian selanjutnya….