fbpx

Sekarang terlalu banyak persoalan tentang dropship kepada kami. Kami akan huraikan kerana semakin ramai yang berminat untuk menjadi rakan niaga kami walaupun kekurangan Modal. Ada yang dah faham dan ada yang belum.

 

Apakah itu Dropship?

Dropship merupakan salah satu cara perdagangan runcit yang agak baru. Peruncit, pemasar atau ejen dropship akan memasarkan sesuatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Apabila produk tersebut dipesan atau dibayar, ejen dropship akan memaklumkan kepada pembekal dimana pembekal akan menghantar terus produk tersebut kepada pelangggan. Ejen dropship kemudian akan dibayar oleh pembekal keatas keuntungan dalam bentuk komisen ataupun ejen dropship tersebut akan membayar kos produk kepada pembekal mengikut program yang telah ditetapkan.

 

 

TANPA MODAL

Anda tak perlukan Modal untuk restock barang banyak-banyak. Mungkin nanti tak habis nak jual. Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti mahu bisness yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan?  Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya. Anda tak nak ke mulakan bisnes tanpa perlu Modal tapi boleh jana keuntungan yang sangat banyak? Contohnya setiap pcs barang anda untung RM50. Anda dapat 30 pelanggan dah untung RM1500 tanpa Modal pun. Hanya jadi tukang promote.!

 

Bagaimana Dropship ini Berlaku?

 

Kami huraikan seperti dalam gambar. Ia carta alir yang anda perlu faham. MRSE cuba bantu semua reseller atau ejen dropship yang ingin memasarkan produk terutama Mesin Topup yang sedang hangat di pasaran sekarang.

 

ANDA merupakan RESELLER atau PENJUAL dan biasanya berlaku secara online di mana anda akan promote melalui FB, IG dan lain-lain media sosial atau website bisnes anda.

 

MRSE pula sebagai DROPSHIPPER di mana kami membekalkan barang atau produk kepada pelanggan anda nanti.

 

Setelah anda melakukan promosi dan berkesan, PEMBELI atau BUYER akan beli daripada anda. Mereka akan membayar kepada anda. Anda telah diberikan Harga oleh MRSE dimana harga tersebut merupakan harga istimewa untuk Dropship Members. 

 

 

 

 

Apabila PEMBELI bayar kepada anda, anda akan bayar untuk tempahan barang kepada DROPSHIPPER (WWW.MRSE.COM.MY) dan kami akan menghantar barangan tempahan anda kepada pelanggan anda.

 

ANDA untung tanpa Perlu ada Modal peringkat awal. kan??

 

Semoga Bisnes tanpa Modal anda berjaya.

 

Salam kejayaan.

 

 

Bisnes Dropship Tanpa Modal
Tagged on: