fbpx

Bahagian ini pula saya ingin berkongsi tips bagaimana memasarkan produk atau pakej anda secara online dan offline. Online adalah pemasaran yang anda lakukan secara maya melalui semua media sosial dan internet adapun offline adalah pemasaran tanpa melalui talian seperti buka gerai, tampal iklan di surau masjid dan sebagainya. Semua cara tersebut adalah cara pemasaran yang perlu dilakukan diperingkat awal untuk mendapatkan 1000 pengguna pertama. Kemudian mereka yang aktif akan mulakan tugas tersebut dan anda hanya perlu mengawal dan monitor dari jarak jauh sahaja. Senang kan?

 

Bagaimana pemasaran online? Apa yang anda perlukan? Online sangat mudah. Anda perlukan sebuah laman web yang menceritakan produk atau pakej anda. Kemudian mula bina semua media sosial yang ada dan konsisten gunakan dan tidak mudah putus asa. Percayalah untuk masa yang lama semua yang anda buat tidak hilang seperti pemasaran offline. Online akan terbiar disitu menjadi sejarah dan semakin lama semakin dilihat anda semakin berpengalaman. Ya, pengalaman sudah tentu mahal harganya dan anda telah sedia maklum.

 

Antara yang boleh anda sediakan untuk pemasaran online adalah:-

 

 

Laman Web

 

Laman web, bukan blogspot.! Anda boleh gunakan blog tapi sekarang bukan zamannya. Aset penting anda adalah laman web khas untuk perniagaan anda. Apa bezanya laman web dan blogspot?

 

Antara yang paling ketara ialah blogspot juga sejenis laman web yang menggunakan suatu script yang membolehkan anda menggunakan perkhidmatan blogspot untuk mencipta laman. Apa bezanya? Pertama blog adalah percuma. Barang percuma sudah tentu semua orang boleh buat. Kan? Bermakna adakah orang akan percaya anda hanya dengan memiliki blog di atas nama blogspot sahaja? Jawabnya tidak. Anda perlu berdiri sendiri dengan memiliki laman web walaupun berbayar tiap-tiap tahun. Dan ianya akan membina kepercayaan pelanggan kepada perniagaan anda.

           

Kedua, blogspot tidak sehebat laman web fungsinya. Anda tidak boleh membuat sub-page. Tidak boleh membuat email khas di atas nama domain anda contohnya customer@mrse.com.my. Tidakkah email tersebut kelihatan rasmi dan lebih professional dan meyakinkan?

 

Ketiga, blogspot digunakan oleh berjuta orang. Dulunya terkenal, ada kaki blogger. Tapi sekarang dengan kewujudkan facebook, ia semakin ketinggalan. Laman web pula berbayar setiap tahun. Dan pasti meyakinkan jika kita membuat laman web yang kelihatan baik dan mempunyai input yang bagus.

 

Facebook Page

 

Facebook juga satu platform untuk anda branding jenama atau syarikat atau perniagaan anda. Tetapi adakah facebook milik anda? Adakah domain facebook.com milik anda? Adakah anda admin facebook tersebut? Jawabnya tidak. Anda hanya ada akaun di atas nama anda. Bukan milik anda. Hanya laman web anda milik anda dan anda mengawal sepenuhnya laman web milik anda.

 

Namun, ia adalah marketing channel anda jika anda berniaga. Anda boleh masukkan FB Page anda di laman web anda. Dan yang paling penting untuk pemasaran online anda perlukan 1 facebook rasmi dan pelbagai akaun pemasaran yang tidak rasmi. Pendek kata akaun pelbagai ini semua digunakan sebaiknya untuk mencari pelanggan setiap hari.

 

 

Instagram

 

Jika anda perasan ia juga media social yang sedang hangat. Ia juga sebagai platform. Pendek kata, laman web adalah aset anda dan semua platform yang lain merupakan liability anda. Gunakan sebaiknya dan perlu memiliki semuanya. Jika memerlukan software anda perlu memilikinya. Sekarang banyak software untuk autopost dan boleh schedule secara berkala semua posting. Ingat posting perlu konsisten sampai bila-bila.

 

Instagram juga sama seperti facebook bahkan pemilik facebook telah membelinya. Ia berkonsepkan post gambar, tapi sangat bagus jika digunakan untuk berniaga. Kemudian selitkan dengan laman web. Orang lihat gambar, orang buka laman web dan percaya anda. Mereka lihat gambar anda bahkan semua produk anda, kedai anda dan lain-lain. Betul? Tidakkah laman web sangat penting dan itu yang membezakan anda dengan peniaga lain.

 

Twitter

 

Demikian juga twitter. Tidak perlu dihuraikan pun semua orang akan tahu. Cuma tidak perlu kepada banyak akaun. Tidak seperti facebook yang ramai pengguna dan group yang boleh diposkan iklan. Sebenarnya anda boleh menghubungkan semuanya dan biar ianya aktif serentak.

 

Hubungkan Instagram anda dengan facebook dan twitter. Dan tuliskan juga posting dalam laman web. Posting daripada laman web dikongsikan di Instagram dan secara automatik keluar di facebook dan twitter. Senangkan?

 

 

Youtube

 

Youtube juga daripada kumpulan google dan ini merupakan ilmu marketing. Jangan lupa melalui email gmail anda, create satu akaun youtube. Anda boleh share banyak video dan kongsikan banyak video di youtube.

 

Jangan risau untuk permulaan orang tidak menonton video anda. Anda boleh copy video tersebut dan letak di laman web anda. Akhirnya semua marketing channel online ini berhubung antara satu sama lain. Semua mengenai pakej perlu anda publish. Mungkin orang kata anda baru, bayangkan nilai anda 5 tahun lagi? Kenapa perlu melihat sekarang, lihat dan rancang untuk masa akan datang.

 

 

Amacam? Dapat sesuatu?

Cara Memasarkan Produk Online Dan Offline