Adakah anda Penjual Dropship?
Tahukah anda penjual produk orang lain adalah cara paling mudah untuk Bina Kewangan diri kita? Cara paling mudah nak buat duit.
Ya, anda tak perlukan Modal dan jika perlukan Modal terlalu sedikit. Contohnya sekarang kami banyak membuka peluang kepada anda di luar sana untuk jadi Ahli Dropship produk kami dan kadang-kadang secara PERCUMA. Keuntungan sangat besar jika anda mampu buat. Dan tak susah nak buat sebab bukan anda keluar Modal.
Produk ada yang nampak ada yang tidak. Yang nampak contohnya Mesin Topup Epay seperti yang anda boleh lihat videonya di http://www.mrse.com.my/product/mesin-topup/ dan sudah pasti produk seperti ini mudah untuk anda jual. Kalau ada modal anda boleh beli banyak dan jual. Tetapi kebanyakan orang biasa tiada modal, jadi mereka hanya jual secara dropship dimana tidak menjadi kesalahan. Anda hanya promote dan jual sahaja. Ada saja pembeli maka ada komisen milik anda.
Kini kami tawarkan Dropship untuk buat Jualan Server Topup, anda mampu mendapat keuntungan yang besar. Mungkin anda tanya susah nak buat. Sebenarnya senang sahaja kerana tugas anda melihat siapa yang layak untuk beli produk tersebut dan fokus mereka untuk menarik mereka membeli. Tak susah kan?
Antara tips yang kami boleh kongsikan adalah:-
- Anda Tahu Memilih Prospek Pelanggan.
Ini dipanggil analisa pelanggan. Contohnya anda perlu tahu masalah pelanggan dan apa yang anda beri atau jual pada mereka mestilah penyelesaian masalah pada mereka. Contoh, anda nak jual Mesin Topup Epay, sudah tentu anda cari peminat bisnes. Tak mungkin anda jual pada tukang sapu yang tak minat berniaga. Mungkin prospek anda kedai makan, warung, pejabat, pekerja kilang, dan siapa yang perlukan Topup atau pembayaran bil di kawasan tersebut. Faham?
Contoh lain anda nak Jual Server topup. Harga mahal. Maka siapa yang akan membeli? Tu mesti jadi kajian anda. Mereka beli untuk apa? Mesti ada sebab siapa yang berminat nak beli. Dan anda tak perlu risau semua produk dan perkhimatan kami ada pembelinya. Sebab itu kami berani memberikan peluang kepada anda walaupun produk SERVER yang mahal bagi sesetengah orang. Orang beli server sebab mereka nak bina database atau ejen yang ramai. Mereka nak buat jualan yang banyak. Jadi tugas anda promote jer, selepas itu tanya mereka soalan berkaitan. Ini dipanggil “fact finding” di mana anda analisa mengenai latar belakang mereka. Jika tidak layak beli server, anda offer produk yang layak mungkin Mesin Topup Epay atau anda jadikan mereka salah seorang AHLI yang anda boleh SIGN UP sahaja dengan bayaran tertentu. Anda dapat duit kan walaupun belum berjaya Jual Produk yang mahal? Nampak tak caranya?
- Anda memiliki Laman Web Khas untuk Rujukan Pelanggan.
Ini ramai yang lepas pandang. Anda perlu ada matlamat hidup atau matlamat anda berniaga nak cari duit. Kalau anda tak buat laman web, anda bergantung kepada apa? Kalau sayang sangat nak keluarkan duit atau tenaga membina laman web yang bagus, siapa yang akan percaya anda? Betul kan. Pelanggan sangat suka melihat mengenai produk yang anda promote secara rasmi. Buat laman web, kami pun ada buka tempahan buat laman web yang murah-murah. Anda boleh tempah. Anda boleh masukkan produk yang anda nak promote kepada orang diluar sana. Peringkat awal mungkin anda nampak tak berkesan, tapi semakin lama semakin orang kenal anda seorang penjual online. Senang kan?
- Kuasai Semua Media Sosial.
Setelah anda laman web sendiri sebagai aset utama, baharulah anda kuasai semua media. Ya, semestinya semua media sosial berada di tangan anda. Dan anda boleh promote produk-produk anda dan kongsikan laman web anda tadi. Secara tak langsung pemasaran bisnes anda sedang berjalan dengan usaha anda. Betul kan? Bayangkan kalau anda tiada apa-apa platform, mana mereka nak rujuk? Dan anda nak promote produk yang banyak macam mana? Maka kuasai media ini termasuk anda boleh buat video-video di youtube dan sebagainya. Bisnes tak susah kalau anda ikut apa yang kami ajarkan.
- Branding Diri Anda Berniaga
Dulu berniaga mungkin dilihat pelik. Sekarang orang tak berniaga macam kelakar jer. Betul kan? Jadi tidak ada sebab untuk anda malu berniaga. Kalau malu sangat tak perlu letak gambar anda pun. Tetapi branding anda seorang “Businessman” iaitu dengan ikut apa yang saya ajar di atas. Lama kelamaan anda promote produk orang, orang semakin kenal anda orang yang suka berniaga. Tambah pula ada laman web sendiri. Bila orang semakin kenal, anda promote apa saja produk baru, mereka akan percaya anda. Ingat, jangan sesekali terlibat dengan sebarang penipuan. Sekarang zaman canggih, anda tipu orang tahu. Nama anda buruk dan tiada nilai lagi dalam perniagaan termasuk dalam hidup anda. Jujur, anda akan lihat hidup anda mula berubah.
- Fahami Produk Yang Nak Dijual Dengan Baik
Dropship maknanya jual produk orang lain tanpa Modal. Anda pun tak pegang produk. Sesetengah produk diberikan, contohkan sistem aplikasi dan sebagainya. Ini peluang untuk anda sebab boleh tunjuk pada pelanggan. Sebab itu ahli dropship kami diberikan sample produk dimana orang lain perlu membayarnya dengan harga yang sangat mahal. Jadi pastikan anda fahami apa produk yang boleh dan perlu anda jual. Semua produk tersebut anda boleh mula promote. Bila ada yang tanya, anda “fact finding” apa yang sesuai termasuk dapatkan maklumat mereka. Contohnya anda lihat mereka juga bisnes, dah ada ramai agent Topup dan layak beli server. Nah, ini peluang anda. Tawarkan mereka beli server dan berikan info prospek pelanggan tersebut kepada kami. Setelah kami hubungi prospek pelanggan anda dan mereka minat nak set up, anda dapat terus komisyen terus ke akaun anda. Sebab itu laman web anda perlu ada, senang mereka nak rujuk dan senang anda simpan database.
Katakan selepas anda lihat latar belakang mereka tak layak untuk beli server yang mahal, anda boleh offer Mesin Topup Epay atau ajak mereka join untuk jadi penjual Topup. Anda hanya perlu SIGN UP sahaja dalam aplikasi yang dibekalkan. Pakej http://www.mrse.com.my/product/pakej-user-biasa/ pastinya membantu sesiapa sahaja yang nak bina kewangan. Mereka akan join anda. Anda boleh caj mereka dan hanya Sign Up mereka, kemudian ajar mereka buat belian Modal untuk mulakan perniagaan mereka. Tak tahu nak ajar takpe. Mereka boleh dapatkan bantuan dengan staff kami yang bertugas untuk membantu semua ahli.
- Fokus Kepada Yang Perlukan Produk Tersebut
Ini yang saya katakan tadi. Fokus kepada prospek yang betul. Tak semua orang akan beli server. Namun mesti ada yang nak beli. Tak semua orang juga nak beli Mesin Topup Epay sebab mereka bukan berniaga. Tapi anda harus ingat, semua orang pakai smartphone. Semua orang pakai Bil Elektrik bil air. Semua orang nak senang gunakan kemudahan Topup dan Bayar bil dihujung jari. Jadi kenapa anda tak mengambil peluang ini untuk SIGN UP mereka untuk belian PAKEJ USER BIASA. Jika mereka beli dengan syarikat harganya RM70. Beli dengan anda adalah hak anda sebagai Bonus atau jualan dropship anda. Jika anda jual RM50, anda SIGN UP mereka dalam aplikasi yang kami berikan, anda untung RM40. Rasa-rasa senang ke tak bisnes ni? Dan anda pun tahu ini bukan MLM. Kami penat-penat buat sistem untuk bantu anda, bukan untuk program MLM.!
- Kumpul Database Mereka
Aik, dah lama jadi promoter dropship takkan database pelanggan buang macam tu jer? Jangan buang. Simpan dan kumpul sebanyak mungkin. Apabila ada produk baru anda boleh call semula mereka dan jual pada mereka. Senang kan?
- Tak Beli Yang Mahal Offer Beli Yang Murah
Seperti yang saya katakan tadi, jika mereka tak beli server yang berpuluh ribu harganya, mereka mungkin akan beli produk-produk yang lain. Anda pula tak dapat untung banyak dapat juga untung sikit daripada prospek pelanggan tersebut.
- Tunjukkan Testimoni Orang Berjaya
Yang ni tak susah. Pelanggan anda tanya testimoni? Nah berlambak orang yang dah buat ratusan ribu di http://www.mrse.com.my/blog/ dan anda hanya perlu tunjuk kepada prospek pelanggan anda. Atau anda boleh masukkan di laman web anda. Itulah untungnya mereka yang tempah dan buat laman web. Kan? Yang belum ada tidak mengapa. Tunjukkan testimoni dari laman web kami. Mereka akan lihat dan akan hubungi anda sebab harga yang anda tawarkan lebih murah. Ya harga kami kekal sejak dari awal lagi. Jika tanpa promosi itulah harganya. Kalau anda kata mahal, maka peluang untuk anda buat lebih murah dan buat keuntungan.
- Selepas Pelanggan Beli, Ajar Mereka Pula Cara Tambah Pendapatan
Ini ramai yang terlepas pandang. Pelanggan dah beli mereka buat tak tau jer. Sepatutnya selepas pelanggan anda join, anda perlu bagi tunjuk ajar. Kedua, bagi benefit atau peluang yang seluasnya untuk mereka turut buat perkara yang sama. Sebab apa? Sebab mereka tak akan rugi sertai anda. Dan kewujudan anda sentiasa ada dalam benak fikiran mereka. Apa salahnya mereka juga membina kewangan yang baik seperti kita? Lagi banyak kita bantu pelanggan, lagi banyak rezeki yang kita akan dapat. Itu merupakan hukum alam yang perlu anda faham. Anda tak mampu tarik nafas jika tidak hembuskan nafas. Betul Kan?
Salam Kejayaan.