fbpx

Apakah Tugas Pengendali Website?

 

Tugas penjaga atau pengendali website adalah untuk memastikan website sentiasa dalam keadaan baik dan mencapai keinginan atau objektif laman web dicipta. Ia bukan tugas yang susah jika mempunyai ilmu dan kemahiran serta berani mencuba update atau kemaskini laman web. Ya ia boleh diupah tetapi untuk memastikan ianya sesuai dengan perniagaan anda, anda perlu membuat ayat, meletakkan gambar dan kemaskini sendiri. Itu lebih baik. Ya, jarang pencipta website akan mengajar anda dan memberikan Ebook atau cara untuk anda kemaskini. Namun kami memberikan nilai ini kepada anda supaya perniagaan anda bertambah maju dan menjadi mampu anak didik kami yang Berjaya.

 

 

  1. Memastikan laman web beroperasi

 

Ini merupakan tugas utama. Jika laman web anda tempah atau upah orang buat, pastikan anda tahu untuk memastikan laman web anda beroperasi. Tempah kepada orang atau syarikat yang anda yakin. Jangan tempah sembarangan kerana mereka yang tidak berniaga membuat laman web perniagaan sudah tentu tidak akan memahami konsep dan content (isi) untuk laman web anda. Sedangkan laman anda merupakan imej dan kedai 24 jam anda. Kedai anda pun dihias baik, tak mungkin kedai online anda dibiarkan tidak ada update. Maaf, anda tidak boleh membiarkan orang lain sahaja yang menguruskan website anda. Maksud saya adalah anda juga perlu observe (perhatikan) agar ia berjalan lancar dan sentiasa hidup walaupun kelihatan biasa.

 

 

  1. Mengemaskini Maklumat di Laman Web

 

Ramai orang bina website tetapi tidak dikemaskini. Saya tidak nafikan kerana pengalaman kami berniaga juga memiliki laman web klien yang tidak diurus dengan baik. Kerana apa? Pertama kerana tidak tahu laman web merupakan property yang bernilai. Kedua tidak sedar atau buat-buat tidak sedar di luar sana ada jutaan manusia dan prospek yang akan baca dan melihat kita sedangkan kita tidak sedar kita sedang diperhatikan. Boleh faham kan?

 

 

  1. Kemaskini Info Terkini

 

Tidak susah untuk kemaskini info terkini. Contohnya ada info terbaru tentang produk, anda hanya perlu update. Ada promosi terbaru, anda hanya perlu update. Ada dilancarkan produk terbaru? Anda hanya perlu lancar di website anda. Smartphone di hujung jari setiap orang. Bayangkan ramai atau tidak orang yang akan akses website anda. Jika laman anda memberi peluang untuk menyelesaikan masalah ramai orang, ia pasti dijadikan rujukan. Bisnes wujud pun sebab ada masalah. Kan?

 

 

  1. Menulis Maklumat Yang Jelas Mengenai Produk

 

Ramai yang gagal memasarkan produk di laman web mereka adalah kerana gagal meletakkan produk dengan baik. Produk dan perkhidmatan berbeza. Jika anda perhatikan laman web Samsung dan lain-lain syarikat besar, bukankah anda akan lihat semua produk menarik? Dan kalau ada banyak duit rasa macam nak beli semua produk tu? Betul? Jadi anda perlu menulis atau meletakkan post yang menarik mengenai produk anda beserta gambar atau dengan testimoni yang jelas dan real. Termasuk juga video yang perlu anda belajar atau paling tidak rakam dan letak dalam website anda. Senang kan?

 

 

  1. Membuat Kajian Dan Respon Dari Pelanggan

 

Pemilik laman web juga perlu kepada kajian sendiri dan milihat respon dari pelanggan. Jika laman web anda untuk perniagaan. Jangan syok sendiri kerana akan sentiasa ada pelbagai laman web yang menarik. Berjuta laman web yang dibuat dan anda tidak perlu mengikut design dan cara orang lain. Yang penting isi dalam website anda jelas dan senang difahami apabila orang klik untuk melihat laman web anda.

 

 

  1. Menyebarkan Lamam Web Kepada Umum

 

Kami akan membahaskan lebih panjang dalam tulisan yang lain untuk tajuk ini. Teruskan membaca. Ini antara tugas pemilik laman web. Bukan bermakna pemilik itu perlu memikul tugas ini, tetapi seperti yang saya katakan di atas mereka perlu observe atau bina team yang boleh membuat website anda tersebar dan dikenali.

 

 

  1. Semak Semua Ejaan Dan Bentuk Ayat

 

Pastikan dalam website anda disemak semua page atau semua ayat yang anda masukkan. Jika boleh ayat yang senang faham dan boleh menarik pembaca. Sedikit perbezaan laman web untuk perniagaan dan laman web berita. Maka pembinaan dan pengisisan mesti mengikut keperluan masing-masing. WordPress adalah platform yang paling baik dan lengkap untuk laman web termasuk perniagaan, kerana di dalamnya dilengkapi pelbagai plugin atau software yang anda boleh pilih dan masukkan. Hanya perlu tahu untuk cari dan gunakan. Hanya perlu pasangkan (install) pada laman web anda. Ramai orang tidak tahu untuk setup website tetapi rekod kami menunjukkan ramai orang boleh mengubah laman mereka kepada sangat baik dan mudah faham. Itulah yang menarik jika anda terus membeli dan membaca Ebook kami yang diberikan percuma selepas tempahan.

 

 

Kesimpulannya, tugas untuk mengendalikan laman web tidaklah terlalu susah. Seperti anda update facebook, begitu juga anda update laman web anda. Senang kan? Cuma laman anda adalah milik anda dan jenama anda. Ingat, dalam bisnes apabila orang mula kenal siapa anda, apa website anda, apa yang anda jual nescaya semua bisnes yang anda sentuh senang untuk Berjaya. Database is king. Apabila database pelanggan berada di tangan anda, anda boleh kembangkan jualan dengan banyak cara. Betul? Justeru jadilah pengurus laman web yang bagus untuk mencapai objektif pembinaan laman web anda.

 

Terima Kasih.

 

Salam keajayaan.

Tugas Pengendali/Pemilik Laman Web