Info Terkini
Selamat Datang..

Latihan Industri untuk pelajar BIDANG IT @ PERAKAUNAN @ BUSINESS MANAGEMENT dibuka. Untuk memohon hubungi 012-3704588.

Terkini..! Beli produk atau daftar Pakej secara online. ONLINE SHOP

Beli Sistem Server sendiri??? Hubungi 012-370 4588 sekarang! KLIK DI SINI



Rancang kewangan masa depan.? Please call 012-370 4588 :) Bijak Mengurus Kewangan


Buy system Call 012-370 4588 @ whatsapp Direct Whatsapp


VIDEO >>> KLIK UNTUK VIDEO MENARIK

KLIK TO OUR MAIN WEBSITE
50 IDEA PEMASARAN LUAR BIASA
Nama

 

No Tel

 

E-mail address


Maklumat anda selamat bersama kami.

Calender
October 2017
M T W T F S S
« Sep    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

postheadericon Kepentingan Website Sebagai Medium Perniagaan Online

MENGAPA KITA MEMERLUKAN WEBSITE SEBAGAI MEDIUM PERNIAGAAN ONLINE?

 

Website merupakan satu medium perniagaan yang menjadi kewajipan untuk SETIAP bisnes yang dilakukan. Walaupun bisnes yang dijalankan tidak menggunakan perkhidmatan secara online, bisnes tersebut tetap memerlukan website. Sebagai contoh anda menjalankan bisnes menjual barangan kesihatan dan lain-lain.

 

Di dalam bisnes anda, tiada satu jenis perkhidmatan pun yang boleh dijalankan secara online. Jadi apa gunanya anda memerlukan website? Pasti anda akan berfikir begitu. Ya, betul apa yang anda fikirkan, tetapi ianya hanya betul jika anda menjalankan bisnes tersebut 10 tahun yang lalu. Zaman di mana internet tidak digunakan secara meluas. Bukan pada zaman sekarang, di mana saya boleh katakan hampir setiap orang mempunyai internet di telefon canggih mereka. Setuju?

 

Jadi anda boleh bina satu website menceritakan bisnes yang dijalankan, perkhidmatan yang anda tawarkan dan dimana bisnes anda berada. Ini sedikit sebanyak akan membantu anda mendapatkan pelanggan.

 

Saya juga akan kongsikan 6 kepentingan utama mengapa anda memerlukan website untuk perniagaan anda.

 

 

  1. Website Tidak Pernah Tidur.

 

Apabila kita mempunyai website, kita sebenarnya menjalankan bisnes 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa cuti. Walaupun pada hari minggu, cuti perayaan dan sebagainya. Mempunyai website adalah seperti mempunyai pekerja yang sanggup bekerja tanpa berehat dengan kos yang sangat rendah. Hanya perlu perbaharui namanya setiap tahun. Untung bukan? Kedai anda sendiri memerlukan bayaran bulanan samada sewa atau beli. Betul?

 

 

 

 

 

 

  1. Mewujudkan Daya Saing

 

Cuba lihat pesaing anda dalam bidang bisnes yang sama. Adakah mereka mempunyai website atau laman web? Jika mereka mempunyai website bermaksud mereka beberapa langkah lebih maju daripada anda..! Jadi anda juga harus lebih cepat bergerak ke hadapan supaya tidak ketinggalan. Setuju? Jika tidak suatu masa nanti mereka akan lebih dikenali kerana mengikut perkembangan dan teknologi semasa. Bagaimana dengan anda?

 

 

  1. Kuasa Enjin Carian

 

Tahukan anda kuasa enjin carian adalah lebih besar daripada kuasa pengiklanan? Ini kerana konsep pengiklanan ialah kita memberitahu sesuatu perkara yang bermanfaat kepada bakal pengguna atau prospek. Sedangkan pencarian ialah prospek itu sendiri yang menginginkan sesuatu yang ditawarkan oleh kita (produk/servis) atau erti kata lain mereka yang mencari kita! Saya telah tunjukkan pada tulisan sebelum ini bagaimana ramai klien yang hubungi kami hanya kerana mereka google mengenai produk yang mereka mahu.

 

 

  1. Menambah Keyakinan Pengguna/Pelanggan

 

Jika anda mempunyai website yang bergaya professional ianya sekaligus memberi “first impression” yang baik kepada bakal pelanggan anda. Mereka juga akan lebih percaya untuk berurusan dengan anda. Sebab apa? Semua orang tahu memiliki dan membina website adalah payah dan mahal. Kedua, website sudah pastinya berbayar setiap tahun untuk memastikan laman tersebut terus wujud dan tidak mati. Sudah tentu ianya lebih bernilai daripada blog biasa atau laman facebook anda yang hanya milik orang, bukan milik anda. Platform terbaik adalah memiliki website di atas jenama anda sendiri.

 

 

  1. Pusat Pengumpulan Maklumat

 

Website juga boleh dijadikan pusat pengumpulan maklumat. Segala maklumat mengenai produk, promosi terkini boleh terus disiarkan di website anda. Anda juga boleh menyediakan jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya oleh prospek anda. Tidak perlu lagi anda menjawab soalan yang sama dari pelanggan. Mudah bukan?

 

 

  1. Pasaran Pelanggan Yang Lebih Luas

 

Pasaran pelanggan anda akan jadi lebih luas kerana website anda boleh dibuka dimana-mana tempat yang mempunyai rangkaian internet. Bezanya jika anda membuka kedai biasa anda hanya boleh menumpukan pasaran di sekeliling kawasan anda sahaja, tetapi jika anda mempunyai website anda boleh meluaskan pasaran anda bukan sahaja di pasaran Malaysia malah mungkin ke luar negara. Betul?

 

Demikian huraian ringkas sebagai pengenalan mengenai website supaya anda lebih faham kenapa dan mengapa anda perlu membinanya dan menjadikan ianya asset penting anda terutama kepada golongan yang berniaga.

 

Salam Kejayaan.

Comments are closed.