Info Terkini
Selamat Datang..

Latihan Industri untuk pelajar BIDANG IT @ PERAKAUNAN @ BUSINESS MANAGEMENT dibuka. Untuk memohon hubungi 012-3704588.

Terkini..! Beli produk atau daftar Pakej secara online. ONLINE SHOP

Beli Sistem Server sendiri??? Hubungi 012-370 4588 sekarang! KLIK DI SINI



Rancang kewangan masa depan.? Please call 012-370 4588 :) Bijak Mengurus Kewangan


Buy system Call 012-370 4588 @ whatsapp Direct Whatsapp


VIDEO >>> KLIK UNTUK VIDEO MENARIK

KLIK TO OUR MAIN WEBSITE
50 IDEA PEMASARAN LUAR BIASA
Nama

 

No Tel

 

E-mail address


Maklumat anda selamat bersama kami.

Calender
December 2017
M T W T F S S
« Sep    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

postheadericon Pengenalan Mengenai Laman Web

Apa itu Website atau laman web?

Sering disingkatkan dengan istilah site adalah sejumlah halaman web yang memiliki topik saling berkait, terkadang disertai pula dengan gambar, video, atau jenis-jenis isi lainnya.

 

Dengan kata lain Website adalah sebuah cara untuk menampilkan diri di Internet. Dapat diibaratkan Website atau Laman Web adalah sebuah tempat di Internet, siapa saja di dunia ini dapat mengunjunginya, apabila mereka mengetahui tentang informasi yang disajikan, memberikan pertanyaan, bahkan mengetahui dan membeli produk.

 

Sir Timothy John “Tim” Berners-Lee merupakan orang yang awal menemukan website, sedangkan website yang bersambung dengan jaringan pertamakali muncul pada tahun 1991. Ya, jika anda masih ingat. Maksud dari “Tim” ketika merancang situs web adalah untuk memudahkan tukar menukar dan memperbarui informasi pada sesama peneliti di tempat beliau bekerja. Itu penggunaan pada asalnya.

 

Halaman website dibuat dengan pelbagai script atau coding yang berbeza menyebabkan tidak semua orang tahu dan memahami cara untuk menulisnya kerana memerlukan ilmu yang mendalam. Namun wujud pelbagai platform hari ini untuk menyiapkan website seperti blogspot dan lain-lain tetapi tidak dapat memenuhi citarasa sebenar seseorang kerana tidak sepenuhnya dibuat atau berdiri di atas coding sendiri.

 

Secara umumnya, website terdiri dari 3 bahagian iaitu:

 

Website Statik

 

Website statik merupakan situs web yang memiliki isi tidak dirancang untuk diperbarui secara berkala sehingga pengaturan website tersebut diurus lebih mudah kerana paparan yang sama dan tidak berubah pada halaman website tersebut. Website ini digemari oleh sesetengah orang yang berniaga dan tidak cukup masa untuk mengawal atau menambah nilai atau pengisian website mereka.

 

 

Website Dinamik

 

Website dinamik merupakan situs web yang secara spesifik dicipta agar isi yang terdapat dalam website tersebut dapat diperbarui secara berkala dengan mudah.

 

Sesuai dengan namanya, isi yang terkandung dalam website ini umumnya akan berubah setelah melalui tempoh masa tertentu. Website berita adalah salah satu contoh jenis website yang umumnya mengimplementasikan website jenis dinamik ini.

 

 

Website Interaktif

 

Website Interaktif adalah website yang bersifat interaktif yang lebih dikenal istilah website generasi 2.0 ( web 2.0 ) dimana masing-masing user dapat memberikan pertanyaan, jawapan, argument, idea dan lain-lain. Salah satu contoh website interaktif adalah webs forum. Web ini selalu dijadikan rujukan pencarian orang ramai sebab di sana terdapat banyak komen dan mereka gunakan untuk membuat keputusan dalam sesuatu pencarian. Terkadang maklumat di sana bukanlah fakta yang benar.

 

Dalam website interaktif terjadi komunikasi dua arah antara pengunjung dan pengurus website atau antara pengunjung dengan sesama pengunjung. Contoh website sekarang yang interaktif adalah Facebook dan Twitter. Betul?

 

 

Mengapa anda memerlukan sebuah website?

 

Pengguna Internet semakin hari semakin bertambah ramai, sehingga menjadi potensi besar yang berkembang terus. Semua orang menggunakan Web untuk segala sesuatu mulai dari pekerjaan sekolah sampai dengan memesan makanan kerana prosesnya yang cepat, murah, mudah & menyenangkan. Pada masa ini orang lebih suka mencari maklumat tentang suatu produk melalui internet sebelum mengunjungi kedai tersebut.

 

Setuju? Jadi jika anda mempunyai website dan rajin menulis di website tersebut, mereka akan bertemu dengan website anda apabila mereka google maklumat yang mereka kehendaki. Apalagi jika orang lain kurang menulis tajuk tersebut. Contohnya anda google sahaja “Server Topup” akan keluar ranking MRSE di tempat yang paling atas. Amacam? Adakah anda faham fungsinya.

 

 

 

Bayangkan jika laman web anda sedemikian. Search sahaja nama produk atau kebaikan produk tersebut, terus laman web anda di tempat paling atas. Amacam? Suka? Sudah tentu jualan anda semakin meningkat kerana anda rujukan yang mereka akan baca terlebih dahulu. Namun isinya juga mesti mantap.

 

Bersambung…

 

Salam kejayaan.

Comments are closed.