fbpx

Seringkali disebut perniagaan online seronok, daat duit dan sebagainya. Namun pasti sesuatu itu datang dengan ilmu dan kita tidak mampu membaiki kewangan tanpa ilmu. Apa tips kita mahu bina perniagaan online?

 

1. Gunakan produk yang mudah.

Guna produk yang mudah, tak perlu modal besar tapi boleh buat untung besar. Bukan skim cepat kaya! Cari produk yang jadi keperluan orang. Contoh sekarang masalah ekonomi. Mana-mana produk untuk buat side income diperlukan. Jadi korang jual bisnes to bisnes. Anda beri manfaat pada orang, pasti ada manfaat berguna yang kita akan dapat.

 

2. Rajin promote

Bisnes Online memerlukan kita sangat rajin. Buang sifat malas dan raikan kejayaan kita. Belajar untuk buat sikit duit dan anda akan mula buat lebih banyak duit. Promote di mana saja contohnya Fb, instagram, dan semua media social yang lain. Dan yang paling penting kita perlu ada website. Orang yang ada website akan mempunyai hayat bisnes yang lebih baik. Bisnes mereka akan semakin berkembang dan diyakini.

 

3. Kerja Lebih Masa

Jangan fikir kerja lebih masa suatu yang negatif. Anda perlu kerja lebih masa untuk peringkat permulaan. Kemudian susun kerja anda sehingga perniagaan anda bertambah baik. Update yang perlu anda buat di media sosial anda paling kurang 8 kali sehari. 6 kali anda ceritakan manfaat. Dan 2  kali lagi update untuk penjualan produk anda.

 

4. Pemasaran

Produk dah ada…

Platform pun kita dah dipilih.

Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk anda.

Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.

Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.

Kalau guna website, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.

Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik yang salah.

 

5. Pastikan ada spec dan values

Maksudnya apa yang anda jual perlu ada APA dan NILAINYA. Apa ialah item yang anda tawarkan. Value ialah nilai yang anda pada tawaran anda. Pastikan ia berikan nilai yang terbaik kepada pelanggan anda.

 

Perkongsian selanjutnya….

Tip Bina Perniagaan Online