fbpx

Soalan UMUM-

  1. Adakah saya boleh Jual topup dan bayar Bil dengan sistem ini?

Ya. Anda boleh Topup dan Bayar bill di hujung jari dengan mengakses semua produk yang dibekalkan hanya dengan 1 Stok Modal.

  1. Bagaimana Saya nak Join Bisnes ni?

Mudah saja. Pilih pakej atau boleh menghubungi  012-3704588 untuk mendaftar atau anda boleh Beli Produk atau Daftar Online di https://www.mrse.com.my/shop/

  1. Apakah keuntungan Saya? Berapa % saya untung? Kenapa tiada list dalam laman ini?

Rate atau % (bagi internal produk) setiap produk bergantung kepada Telco masing-masing. Boleh berubah pada bila-bila masa oleh Pihak Telco. Oleh itu list tidak dipaparkan dalam laman ini kerana lebih 90 produk dibekalkan untuk anda. Update dibuat dalam Sistem Ahli atau Apps. Namun list internal produk tersebut boleh dilihat jelas setelah anda mendaftar samada dalam Web jualan atau Aplikasi yang diberikan.

  1. Saya Join banyak Syarikat. Rate % lain-lain. Adakah syarikat itu mengubah atau memanipulasi % yang diberikan kepada saya?

Ya, mana-mana syarikat terutama yang telah memilki server mempunyai plan dan strategi masing-masing. Mereka boleh menentukan apa sahaja rate % untuk anda. Anda dinasihatkan untuk tidak tertipu dengan mana-mana rate % yang tidak munasabah. Anda boleh lihat kepada profile syarikat yang anda yakini dan dipercayai.

  1. Adakah syarikat MRSE (mrse.com.my) telah lama menjalan urusniaga?

Ya. Telah lama dan mempunyai ribuan pelanggan di seluruh Negara. Established in Malaysia. Kerja kami Consult syarikat-syarikat dan usahawan yang memerlukan sistem.

  1. Kenapa ada banyak perkhidmatan di MRSE?

Ia adalah keperluan pelanggan bagi menjalankan urusniaga. Kami berusaha mencapai Visi dan Misi syarikat.

  1. Dimana saya boleh baca Misi dan Visi syarikat?

Anda boleh membacanya di link  https://www.mrse.com.my/tentang-kami/misi-visi/ .

Sistem Topup

  1. Adakah Sistem yang dibekalkan boleh Buat Duit?

Ya. Sistem samada user biasa sehingga pakej server mampu menjana pendapatan di atas perkhidmatan yang menjadi keperluan orang ramai.

  1. Boleh saya tahu apa Pakej yang disediakan?

Terdapat 4 level atau pakej. Ada boleh baca di https://www.mrse.com.my/4-pakej-sistem-buat-duit/

  1. Adakah saya boleh Setup server sendiri walaupun jualan saya belum banyak dan saya masih baru.?

Boleh. Cuma kami menggalak pelanggan yang telah biasa dan telah mempunyai rangkaian ejen. Namun pilihan di tangan anda. Buat Belian Ebook sebelum hubungi kami untuk persoalan server.

  1. Saya Tambah Modal tapi tak masuk. Kenapa? Berapa lama masa diambil untuk Duit saya masuk?

Anda perlu menunggu  24 jam. Modal akan masuk hari yang sama jika anda hantar maklumat betul dan tepat. Jika tidak masuk juga, anda boleh hubungi kami hari yang berikutnya.

  1. Apakah modal yang saya Bank in akan hangus jika lambat tuntut?

Ya. Modal yang melebihi 48 jam tidak dituntut akan hangus jika tidak dituntut selepas 48 jam dari tarikh anda bank in. Anda dinasihatkan menghantar maklumat bank in dengan segera samada melalui SMS, Web Jualan atau aplikasi yang dibekalkan pada hari yang sama anda bank in.

AGENT/USER

  1. Apakah sistem USER di syarikat MRSE ini hanya untuk menjual Topup dan bayar Bil sahaja?

Tidak. Anda boleh menjual semua produk yang dibekalkan dalam sistem kami.

  1. Bolehkah saya mendaftarkan ejen di bawah saya?

Anda BOLEH mendaftarkan User tetapi user itu tidak berada di bawah anda. Namun anda boleh menjual Sistem User kepada mereka dan boleh mengambil keuntungan di atas perkhidmatan jual beli tersebut.

  1. Jika saya daftarkan mereka, adakah mereka akan Tambah Modal atau beli Stock terus melalui syarikat?

Ya. Mereka boleh buat belian terus melalui syarikat.

  1. Adakah aplikasi disediakan Percuma kepada saya?

Ya. Selain Web Channel dan SMS, anda juga diberikan aplikasi untuk menjalankan urusniaga dengan lebih pantas.

  1. Apakah saya boleh Jual Topup dan membayar Semua Bil?

Ya. Anda boleh Jual semua lebih 100 produk dalam sistem kami. Dan akan sentiasa bertambah.

  1. Aplikasi yang dibekalkan membolehkan saya Print atau Share resit sebagai bukti bayaran kepada pelanggan?

Ya. Apps versi terkini telah dinaiktaraf untuk anda SHARE Resit bayaran melalui whatsapp, email dan media social. Sangat memudahkan pelanggan.

  1. Saya topup kepada pelanggan, tapi topup tak masuk. Kenapa? Apa perlu saya buat?

Anda hanya perlu semak status di web jualan atau bahagian CHECK TX di dalam apps anda. Jika tiada nombor bahagian NoDN atau reference number, biasanya topup tidak masuk. Anda hanya perlu menunggu REFUND wang ke akaun sistem atau ID anda. Boleh pulangkan duit atau ulang topup.

  1. Saya jual banyak. Kadang-kadang hadapi masalah itu. Kenapa? Apa puncanya?

Ya. Dalam banyak no pelanggan yang di topup mungkin ada yang bermasalah. Namun gunakan prosedur seperti di atas. Faktor telco masing-masing yang menyebabkan masalah Topup, bukan server. Dapatkan REFUND boleh hubungi careline rasmi.

  1. Saya ada masalah untuk pembayaran Bil. Apakah tidak sama cara bayar Bil guna web atau apps?

TIDAK SAMA. Bil ada 2 jenis. Bil telco dan Bil Utiliti. Anda boleh bayar guna web jualan atau apps. Lihat maklumat yang perlu dimasukkan samada No Tel atau No acc atau No IC dll.

  1. Apa beza cara bayar Bil Telco dan Bil utiliti?

Bil Telco perlu masukkan NO TEL PELANGAN. Bil utility seperti Bil astro, TNB dan lain-lain perlu masukkan NO AKAUN BIL tersebut.

  1. Apakah Bil air boleh bayar? Perlukah saya masukkan NO BIL ?

Ya.  Boleh dibayar dan anda perlu masukkan NO AKAUN dan NO BIL. (Rujuk Bil pelanggan) samada guna web atau aplikasi jika diminta.

  1. Dimana saya boleh Download aplikasi ALLPAY2U untuk urusan jual beli?

Anda boleh download di playstore atau lihat cara di https://www.mrse.com.my/category/apps/

DEALER

  1. Apakah kelebihan jika saya beli pakej Dealer?

Anda boleh menjual Topup, bayar Bil dan mewujudkan USER seramai mungkin sebagai ejen-ejen bawah anda.

  1. Apakah saya ada pasif income atau overriding commission jika saya ada ramai ejen?

Ya. Sudah tentu.

  1. Saya boleh mendaftarkan Agent saya melalui apa? Apps dan Web?

Ya. Anda boleh daftar melalui web dealer, aplikasi termasuklah SMS.

  1. Saya boleh upgrade ke Pakej MASTER?

Ya. Boleh upgrade pada bila-bila masa. Sila hubungi kami untuk naiktaraf.

  1. Berapa pasif income yang saya boleh dapat melalui sistem DEALER ini?

Bergantung kepada jumlah jualan ejen-ejen anda. Contoh 100 ribu jualan, overriding 1% biasanya akan memberikan anda +-RM1000  sebulan. Itu baru pasif sahaja! Belum Bonus lain!.

  1. Apakah ini sistem MLM?

TIDAK. Ia adalah sistem untuk keperluan pelanggan. Oleh sebab itu setiap pakej telah dicipta mengikut kesesuaian dan keperluan citarasa pelanggan. Contohnya jika anda tidak minat untuk mencari ejen, anda hanya perlu memilih pakej USER biasa.

  1. Saya tak tahu cara nak daftarkan User. Bagaimana nak daftarkan mereka? Dan bagaimana nak setting rate % untuk mereka?

Selepas Upgrade Pakej di allpay2u.biz anda akan terima email dan tutorial lengkap ada di login web anda.

  1. Saya nak setting % untuk AGENT saya. Bolehkah saya mahu ianya perlu set sekali sahaja dan % secara automatic set setiap kali saya mendaftarkan User atau Agent-Agent saya?

Boleh. Anda boleh set bahagian DealerInfo dibahagian Templete. Anda juga boleh “apply to all User” rate % yang anda set hanya dengan sekali klik.

MASTER

  1. Saya sebagai MASTER. Apa manfaat atau tugas sebenar saya?

Tugas anda ialah Mencari dan mendaftarkan DEALER dan USER seramai mungkin. Perjalanan anda memilki sistem server jenama sendiri sudah dekat. Terus berusaha!!

  1. Apakah saya boleh untung jika daftarkan mereka?

Ya. Setiap pendaftaran merupakan perkhidmatan yang anda berikan kepada mereka. Setiap pendaftaran mereka Bonus masuk kepada anda. Withdraw masuk ke acc bank anda.

  1. Kenapa dalam web Master saya tiada ruangan untuk daftarkan User?

Dalam web MASTER hanya untuk mendaftarkan DEALER. Anda perlukan 1 lagi num telefon dan jadikan number tersebut sebagai DEALER Peribadi anda. Seterusnya gunakan number itu untuk anda akses ke web DEALER dan melihat senarai Agent atau User anda.

  1. Jualan dan rangkaian saya semakin meingkat. Bolehkah saya membeli server sendiri daripada syarikat MRSE untuk Run Brand sendiri?

Ya. Boleh. Anda boleh apply beli server. Setelah kami setup server anda, anda boleh pindahkan semua ejen atau networking anda ke server anda di atas jenama anda sendiri. 100% profit margin bawah kawalan anda.

  1. Saya MASTER tapi di syarikat yang lain. Boleh saya terus beli server di MRSE?

Ya. Sesiapa sahaja layak untuk membeli server dan menentukan jenama sistem atau perniagaan sendiri. Syarat utama pastikan anda ada rekod belian Ebook sebelum hubungi kami.

  1. Apakah tambah modal downline saya boleh diurus oleh syarikat? Bagaimana jika mahu sebaliknya?

Anda boleh urus sendiri. Pastikan stok modal anda mencukupi. Anda juga boleh meminta ejen anda tambah Modal terus melalui syarikat kami. Justeru anda tidak perlu menyediakan banyak Modal.

  1. Boleh saya jual Mesin Topup atau Terminal pada Dealer atau Agen saya?

Ya. Anda boleh jual semua produk-produk yang kami keluarkan.

  1. Saya dapat rate % yang tidak cukup tinggi. Bagaimana untuk naikkan lagi % saya untuk semua produk?

Anda boleh berbincang dengan kami untuk urusan tersebut. Bergantung kepada performance anda.

  1. Saya lihat ada syarikat bagi % yang tinggi. Kenapa berbeza?

Ya. Setiap syarikat berhak menentukan % masing-masing. Anda juga boleh menentukan % seperti mereka jika anda membeli SERVER Brand Jenama anda daripada kami atau setup server sendiri yang menepati character server. Anda dinasihatkan supaya tidak tersalah pilih untuk setup server kerana akan mengganggu perjalanan perniagaan anda. Pastikan buat belian Ebook dan dapatkan Khidmat Nasihat Percuma daripada kami.

SERVER

  1. Saya nak beli server. Bagaimana caranya?

Hanya perlu bayar sekurang-kurangnya separuh daripada harga dan tunggu sehingga server anda disiapkan. Server anda akan diaktifkan setelah bayaran penuh dibuat. Ebook The Power of Server adalah Compulsory.

  1. Apakah saya untung 100% jika memilki server?

Ya. Anda bukan sahaja untung 100% termasuk menentukan plan marketing atau pakej-pakej tersendiri.

  1. Saya pelanggan biasa. Saya dapati ada server yang menipu. Apakah MRSE terlibat?

Anda perlu bertanya di syarikat terbabit. MRSE tidak terlibat kerana kami hanya membekalkan server kepada mana-mana individu atau syarikat yang berminat. Mana-mana syarikat yang memanipulasikan keadaan bukan bawah kawalan dan tanggungjawab kami.

  1. Apakah jika memiliki server sendiri bebas menentukan rate % produk?

Ya. Sangat bebas termasuklah % yang tinggi mengikut plan marketing dan strategi marketing anda.

WEBSITE DESIGN

  1. Saya dah jadi ahli MRSE. Boleh saya menempah website daripada syarikat untuk mempromosikan perniagaan saya?

Ya. Anda boleh menempah website untuk memasarkan perniagaan anda. Anda hanya perlu berhubung dengan kami.

  1. Jika website saya siap, apakah saya boleh edit dan ubah bila-bila masa?

Ya. Boleh sebab login dan password diberikan untuk akses ke dashboard website anda.

  1. Apakah harga tempahan website berlainan?

Ya. Sila dapatkan khidmat nasihat dari kami secara percuma. Pembinaan dilakukan setelah anda bersetuju dan buat bayaran penuh.

  1. Berapa harga yang paling murah untuk pembinaan website yang paling asas?

Website yang paling asas hanya RM300 sahaja. Customize di pihak anda. Add On plugin dan setup seperti wocommerce dan payment gateway dikenakan caj berlainan.

  1. Apakah Urusan Edit dibuat oleh pihak syarikat?

Tidak. Kami hanya setup website dan urusan customize atau edit ayat, theme dan lain-lain boleh dibuat sendiri oleh pihak anda.

Soalan Lazim
Tagged on: