fbpx

Hari ini betapa banyak orang yang bekerja keras banting-tulang, namun tetap  saja selalu mengalami kegagalan. Betapa banyak pula orang sakit yang berjumpa doktor yang paling canggih sekalipun, namun tetap saja penyakitnya tidak hilang. Apa maknanya ini? Maknanya adalah bahawa manusia hanya boleh berusaha, Allah-lah Yang Menentukan segalanya. Maka, jika kita diberikan kesenangan bersyukur adalah perkara yang patut diamalkan, pada hakikatnya ia faham betul bahawa apa yang diperolehnya itu adalah pemberian Allah SWT.

 

Selain sifat syukur adalah sifat sabar. Kita perlu bersabar jika mengalami musibah. Orang yang sabar tidak pernah mengeluh tentang pelbagai halangan hidup yang dihadapinya. Ia sedar sepenuhnya bahawa kesulitan yang menimpanya merupakan dugaan dari Allah SWT.

 

Ibarat anak sekolah, “ semakin tinggi kelasnya, maka semakin susah soalan ujiannya. Tetapi jika lulus, mereka dapat mengembirakan keluarganya.” Dari itu, harus sedar ujian Allah SWT itu seberat dengan dugaan hambanya untuk menghadapinya. Mustahil Allah SWT akan menimpakan ujian dan halangan hidup kepada hambanya di luar kemampuan. Dan Allah SWT Maha Mengetahui tentang kadar dan kemampuan hambanya dalam menghadapi sebuah ujian.

 
Namun itu, jika seseorang sedang ditimpa kesulitan hidup, mereka harus memahaminya sebagai bahagia dari ujian Allah SWT. Mereka harus yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah SWT sedang berniat untuk memberi rezeki yang lebih luas melalui ujian itu. Oleh itu, sikap sabar adalah pilihan yang tepat.

 

Sifat Sabar Jalan Menuju Kejayaan