fbpx

Terima kasih kepada ribuan pelanggan dari seluruh Malaysia. Kami ingin memaklumkan bahawa dalam perniagaan online dan offline ada pelbagai bentuk penipuan. Kami berharap anda lebih berhati-hati sewaktu menjalankan perniagaan. Dan kepada pelanggan pula supaya dapat melaporkan kepada kami semua bentuk penipuan supaya kami boleh mengawal sekadar mampu. Boleh email kepada customer@mrse.com.my.

Secara umum perkhidmatan kami amat luas merangkumi industri besar Negara samada dalam telekomunikasi dan lain-lain dan pasti pelbagai bentuk scammer wujud di mana-mana. Untuk info anda, kami memberikan sistem kepada pelanggan atau client sepenuhnya dalam kawalan mereka dan mereka membuat keuntungan secara bebas. Ya, mereka boleh buat untung bebas. Namun mereka tidak boleh terlibat dalam sebarang bentuk penipuan.

Kami dimaklumkan ada sebahagian yang membeli sistem dan cuba menipu pelanggan dan orang awam yang tidak tahu dan mahir dalam industri ini. Justeru jika anda terkena, anda boleh emailkan juga kepada kami.

Namun, kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk penipuan yang cuba memburukkan dan menggunakan nama baik syarikat kami. www.mrse.com.my masih menjalankan urusniaga seperti biasa sejak sekian lama.

Contoh penipuan biasa yang terlalu biasa pula adalah minta password, menyamar menjadi staff, minta anda topup dulu bayar kemudian dan sebagainya. Jangan berikan password termasuk KEPADA STAFF.

Harapan kami makluman ini dapat membantu sesiapa yang masih keliru.

Terima kasih kepada semua yang menyokong kami.

Salam Kejayaan.

Bahagian Pengurusan,

www.mrse.com.my

Hati-Hati Dengan Sebarang Penipuan