Info Terkini
Selamat Datang..

Latihan Industri untuk pelajar BIDANG IT @ PERAKAUNAN @ BUSINESS MANAGEMENT dibuka. Untuk memohon hubungi 012-3704588.

Terkini..! Beli produk atau daftar Pakej secara online. ONLINE SHOP

Beli Sistem Server sendiri??? Hubungi 012-370 4588 sekarang! KLIK DI SINI



Rancang kewangan masa depan.? Please call 012-370 4588 :) Bijak Mengurus Kewangan


Buy system Call 012-370 4588 @ whatsapp Direct Whatsapp


VIDEO >>> KLIK UNTUK VIDEO MENARIK

KLIK TO OUR MAIN WEBSITE
50 IDEA PEMASARAN LUAR BIASA
Nama

 

No Tel

 

E-mail address


Maklumat anda selamat bersama kami.

Calender
December 2017
M T W T F S S
« Sep    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive for the ‘Bijak Mengurus Kewangan’ Category

postheadericon 7 Sebab Utama Orang Rancang Kewangan

Kenapa ramai orang rancang Kewangan?

 

  1. Sedar Kematian

 

Mereka sedar kematian semakin hampir. Dan apa terjadi dengan tanggungan apabila kita meninggal dunia? Bukan saya ingin bercakap soal kematian. Lebih 3 tahun saya berkecimpung dalam industri ini iaitu kita belajar bagaimana urus kewangan dengan baik. Urus bukan bermakna masa sekarang, itu bina kewangan. Urus dengan maksud persediaan akan datang. Jika diurus dengan baik InsyaAllah meringankan beban orang yang kita tinggal. Apakah anda ingin tinggalkan mereka kepada Allah sahaja? Sedangkan Quran sendiri mengajar anda perlu dan wajib tinggalkan sesuatu sekurang-kurangnya setahun. Jika income anda sekarang RM5000, apakah anda telah menyimpan +-RM60,000.00 dalam akaun anda?

 

  1. Sedar Akan Sakit

 

Mereka sedar sihat tidak selamanya. Kita selalu tengok di akhbar mengenai orang sakit. Bukan soal sakit, tapi kewangan berpuluh ribu malah ratus ribu diperlukan untuk rawatan. Soalnya ada sediakan duit tak? Dan jika anda anda nak guna duit tu untuk rawatan atau nak plan duit lain supaya rawatan anda dibayar oleh orang lain. Jika kawan anda boleh bagi jaminan bayar takpela, tapi biasanya ada ke? Jika tiada bijak mengurus kewangan bermakna kita dah sediakan atau sudah memiliki polisi yang sah yang akan menanggung kos rawatan ketika sakit. Kita kena sedar rawatan semakin mahal. Dan jangan sangka hospital kerajaan tidak perlukan bayaran. Tetap perlukan duit dan ramai yang menyesal kerana tidak sedia dan rancang awal. Menyesal kemudian tiada gunanya.

 

  1. Risiko hidup – Kemalangan

 

Tahu ke bila kemalangan? Boleh jamin kita tidak akan berdepan dengan risiko ini? Tiada jaminan ini yang menyebabkan mereka menyumbang dari gaji mereka setiap bulan untuk persediaan ujian ini. Doktor, jurutera, guru dan sebagainya. Mereka fikirkan risiko ini dan mereka rancang awal. Kata orang sediakan payung sebelum hujan.

 

 

  1. Risaukan Orang Tersayang

 

Antara sebab orang rancang kewangan dengan baik ialah kerana mereka risaukan orang tersayang. Mereka tahu anak isteri mereka memerlukan mereka. Dan mereka tahu yang menanggung mereka adalah dengan gaji yang diperoleh setiap bulan. Jadi dari awal mereka buat sesuatu agar orang yang mereka sayang mendapat menfaat atau tidak hilang apa yang dimiliki.

 

  1. Fikirkan Masa Depan

 

Tidak ada perancangan yang bukan untuk masa depan. Demikian juga kewangan. Oleh kerana mereka melihat ke depan, mereka tidak kisah keluarkan sedikit duit untuk masa ini. Lagi pun tidak miskin orang yang memberi. Dan menyumbang ke tabung takaful tidak seperti membeli insurans yang hangus begitu sahaja. Menyumbang pasti ada pahala yang semua orang tahu. Hanya tinggal untuk amal.

 

  1. Sedang Rancang Masa Depan Anak-Anak

 

Bagi yang ada anak semestinya mereka akan rancang untuk masa depan anak. Baik, jika mereka sihat dan tiada apa2 berlaku. Tidakkah anak membesar? Tidakkah akan sambung belajar? Ada simpanan ke untuk semua anak ini. Tahukah anda pinjaman belajar semakin sukar. Sekarang PTPTN sendiri hanya beri pinjaman pada penerima BRIM. Adakah anda sudah sediakan duit sendiri untuk pendidikan anak anda kelak. Jika tidak nampak jalan, orang yang bijak mereka urus kewangan dengan sistem Takaful tadi. Mereka akan cari yang terbaik dan buat 1 polisi khas untuk anak. Tolak gaji bulan-bulan. Bukan senang nak simpan sendiri. Lebih baik disiplinkan dengan cara ini.

 

  1. Ada Jaminan Kewangan Jika Hilang Pekerjaan

 

Ramai orang apabila ditanya dimana sumber kewangan mereka jika dibuang kerja kerana tidak mampu bekerja lagi, mereka tidak ada jawapan. Anda rasa jika anda kemalangan dan cacat, apakah syarikat anda terus mengambil anda bekerja? Jika tidak, apa jaminan anda? Apa jaminan insurans yang kononnya diberi sebagai manfaat sewaktu anda berkerja dengan syarikat mereka? Oleh sebab itu, orang yang bijak mereka telah sediakan awal-awal lagi. kata orang langkah awal. Kenapa tak tunggu tua? Sebabnya semakin berumur takaful jadi semakin mahal. Harga barang-barang pun sentiasa naik. Beruntunglah orang yang rancang dan siapkan polisi mereka dari awal.

 

 

Semoga perkongsian bermanfaat.

 

Salam Kejayaan.

postheadericon Cara Bayar PruBSN Takaful Online

Cara Pembayaran PruBSN Takaful anda Melalui Online banking Paling Cepat.

Nah. lepas ni tak payah lagi korang susah-susah. Ada online banking, bayar jer sendiri. Tak perlu risau pembayaran korang. Tak payah risau kalau ejen korang tak bayar atau terlupa bayar.

 

Follow jer step berikut:-

 

1) Layari laman web https://www.prubsn.com.my/ms/  dan klik PruBSN Touch sebelah kanan atas.

 

 

2) Klik Bayar atau Pay.

 

 

3) Masukkan NO POLISI anda dan NO IC. Jika bayaran untuk anak masuk NO POLISI anak dan NO IC IBU BAPA.

 

Boleh juga terus klik di sini. https://app.prubsn.com.my/PruBSNPay/validate

 

Masukkan :

  • Proposal number/ Certificate number
  • Participant NRIC number
  • Payment frequency – Bulanan, 3 bulan, 6 Bulan atau Setahun bayaran
  • Enter image text

 

4) Pastikan keluar maklumat Polisi Tersebut selepas validate. Contohnya seperti di bawah. Jika betul teruskan.

 

 

5) klik Proceed To Make Payment. Jika melalui kredit card pilih Credit Card. Jika online banking pilih Online Banking anda.

 

 

6) Hanya perlu klik Proceed dan buat pembayaran hingga selesai. Boleh?

 

 

7) Jika keluar seperti gambar di bawah menandakan pembayaran anda telah berjaya.

 

 

 

Senang kan?

Semoga berjaya…

postheadericon Bijak Mengurus Kewangan

Salam sejahtera. Bijak mengurus kewangan. Tajuk dan kategori yang bagus untuk dibincangkan bersama. Betapa pentingnya urusan kewangan seperti betapa pentingnya makan minum kita. Jika seseorang gagal urus dengan baik, akan susah. Mungkin taka da duit, tak cukup duit. Betul kan?

 

InsyaAllah dalam kategori ini, kami akan lebih banyak berkongsi mengenai ilmu kewangan. Perkhidmatan untuk MEMBINA kewangan tidak cukup jika anda tidak tahu cara urus kewangan. Dan mengapa ia perlu diurus. Focus perbincangan dalam kategori ini adalah mengenai urusan kewangan yang menjurus kepada sistem kewangan islam.

 

Anda berhak untuk faham bagaimana urusan kewangan keluarga anda diurus dengan baik. Mungkin anda tak suka jumpa kami. Tak suka mendengar. Takpe, membaca ilmu yang kami kongsi sudah cukup bermakna buat kami. Antara pengalaman berharga kami ialah dapat memahamkan seseorang betapa pentingnya urusan mengurus kewangan. Dan yang paling best mereka akhirnya berterima kasih.

 

Duit mungkin anda ada. Dan kadang-kadang sesetengah orang ada duit banyak. Bagaimana ia diurus? Adakah bagus melabur? Bagus simpan? Bagus berbelanja? Bagus dan baik invest untuk property dan sebagainya? Semua tu betul. Dalam banyak-banyak urusan tu adakah anda sudah masukkan 10% sahaja untuk PERLINDUNGAN??

 

Perlindungan kewangan adalah focus kami kerana urusan kewangan lain meilbatkan kita MEMBINA KEWANGAN. Adapun melindungi wang kita supaya selamat dari pelbagai risiko adalah kepakaran kami yang telah terlibat dan didedahkan mengenai ilmu ini sejak 3 Tahun lepas. Oleh itu dalam topic atau kategori ini, mungkin tulisan mendatang akan banyak bincang pasal TAKAFUL, HIBAH, dan lain-lain istilah kewangan islam iaitu kaedah sistem kewangan islam bagi menguruskan risiko samada kepada risiko diri atau risiko kehilangan pendapatan. Termasuk juga perihal pendidikan anak.

 

Baik. Cukup setakat ni dulu kerana kami fikir kategori ini panjang dan InsyaAllah akan disusun mengikut tajuk-tajuk kecil yang sesuai. Yang penting anda boleh mengambil manfaat dan anda antara orang yang telah menggunakan ilmu ini untuk pengurusan kewangan keluarga anda.

 

Bagi siapa yang ada idea atau perlukan input yang lebih, anda boleh email kepada kami sebarang bentuk cadangan atau persoalan. Kami menghargai setiap idea dan perkongsian termasuk teguran membina daripada anda bagi mencapai misi dan visi syarikat kami. Moga bertemu lagi…

 

Salam Kejayaan.